BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 23, 2009

meRintis semanGat kerjasaMa

Di bawah ini adalah surat daripada Timbalan Jeneral yang berbunyi..

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum buat semua kwn2 dan pengunjung2 blog ini. Alhamdunillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana pak masih berpeluang lagi untuk menulis berita-berita terbaru yang berlaku dalam 313.Sesungguhnya walaupun sekarang ini pak masih lagi sibuk dek kerana berjihad dalam peperiksaan yang sedang berlangsung, masih tinggal 3 hari saja baki hari peperiksaan ni dan pak masih dapat meluangkan masa untuk berkongsi cerita baru dalam laman blog ini.

Alhamdunillah, pak nak berkongsi sedikit cerita mengenai semangat kerjasama. Apa yang pak nak kongsikan dalam blog ini adalah sebagai perangsang buat kita semua sebagai saudara seagama untuk terus bersikap bagai aur dengan tebing di mana kita seharusnya mengamalkan semangat kerjasama dalam kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan saudara2 pembaca sekalian, Jeneral otai telah menghadirkan diri ke mesyuarat SAHABAT (Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia) bulan lalu.Dalam mesyuarat tersebut, jeneral telah berkongsi cerita mengenai intipati 313 ini kepada seluruh ayahanda dan kekanda-kekanda sahabat yang turut hadir. Beliau menyampaikan perkara2 mengenai tujuan 313 ditubuhkan, apakah itu 313 dan segala hal yang berkaitan dengan 313.Pendek cerita, jeneral telah memperkenalkan 313 kepada semua org2 kuat SAHABAT.

Alhamdunillah, akhirnya 313 diterima secara positif dan terbuka oleh ayahanda2, kekanda2 dan ahli SAHABAT. Bahkan, Ayahanda Syed Hussein sendiri telah berhasrat untuk membantu 313 berdaftar dengan pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Syukur alhamdunillah, pak melihat perkara ini sebagai satu perkara yang amat baik dan murni. Kita perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ayahanda Syed Hussein.

Insya-Allah, 313 akan menjadi sebuah kelab berdaftar di sisi undang2 buat sedikit masa lagi. Marilah sama2 kita berdoa moga kita dikurniakan kejayaan dan kita juga perlu bersyukur kepada Ayahanda Syed Hussein diatas bantuan beliau terhadap 313. Inilah apa yang pak maksudkan iaitu semangat kerjasama.Pak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa bahawa 313 tidak sehaluan dengan SAHABAT dan sering bertelagah. Itu hanyalah andaian semata-mata. Hakikatnya 313 dan SAHABAT senantiasa berada dalam hubungan yang baik dan bagi pak pula, seluruh ahli 313 perlu menjaga tali persahabatan antara kita dengan semua NGO lain. Sesungguhnya, ini membuktikan bahawa 313 dapat menjalin ikatan kerjasama dengan NGO lain khususnya SAHABAT demi kepentingan bersama terutama kepentingan yang melibatkan umat islam.

Pak juga senantiasa berdoa moga misi kita untuk melihat 313 ini menjadi sebuah kelab yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang tercapai dan sekaligus membolehkan 313 bergerak secara proaktif demi mencapai matlamat bersama untuk menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

-Pak Rimau (Timbalan Jeneral Setia Al-Walid^313^-

PS
Alhamdulillah setelah saya baca surat ini, saya bersyukur kerana SAHABAT amat memahami perjuangan 313 dan telah menerima 313 dengan baik.

Kami wakil Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jeneral kerana menerangkan matlamat dan perjuangan 313 kepada ahli2 SAHABAT, terima kasih juga kepada Ayahanda Syed Hussin kerana ingin menolong 313 mendaftar dengan pihak Pendaftar Petubuhan Belia (ROY) serta orang2 kuat SAHABAT kerana menerima 313 dengan baik.

wajiB baCa

Assalamualaikum.
Saya ingin memberikan sedikit nasihat kpd pihak tertentu yg mengkaitkan Pertubuhan Geng Otai Malaysia dengan PEKIDA dan kumpulan samseng tertentu. Saya ingij tegaskan di sini bahawa PBIB ini bukan satu pertubuhan samseng,

Semua perlembagaan, matlamat perjuangan kami, aksesori, sejarah 313 ini dan ikrar Taat setia semuanya saya yg buat. Saya tahu apa matlamat 313 ini. 313 ni bukan kongsi gelap atau apa2. Saya beri amaran pada sesiapa yg cuba menjatuhkan 313 ini. Dlm 313, kami x pakai istilah ayahanda, abang long, abang ngah, tiger wari, naga, 36 dan seangkatan dgn nya.. Kalau nak kutuk kami biar ada bukti. Jgn main cakap saja ikut sedap bibir. Boleh tergolong dlm fitnah.

Sekarang ramai saudara seangkatan aku di hina, kononya 313 ini samseng terlibat dlm pergaduhan di Damansara, Ukay Perdana dan mcm2. Apa kejadah tu? Ada otak ke bila nak cakap tu?> Kalau ada knowledge baru la cakap. kalau tak tahu diam tutup mulut dan gari mulut tu dgn rantai.

Walaupun saYA bekas timbalan presiden di bawah pimpinan Presiden 313 ini seorang Abang Long SAHABAT kampung Baru, namun saya tetap akan pertahankan 313 sampai selama lamanya tanpa menghiraukan ancaman dari mana mana pihak. ALLAH SWT ada bersama kami, buat apa kami perlu takut pada penyebar fitnah?

kami mengamalkan prinsip amar makhruf nahi mungkar juga. bukan nak tiru mcm pekida tapi amalan amar makhruf nahi mungkar ini perlu di buat dalam kalangan masyarakat dlm sesebuah negara. Semangat BROTHERHOOD kami satu angkatan tentera ALLAH, berlindung di bawah panji hitam ufuk timur tetap akan berdiri megah, teguh, bersatu, dan assabiah!.Kami ini maju membantu anak anak melayu muda, dah nama pertubuhan pun belia, x kan nak jadi samseng? kami juga melaksanakan undang2 di mana sekiranya ada ahli yg terlibat dlm kemungkaran akan kami MAjlis Tertinggi ambil tindakan tegas terhadap yg terbabit sebagai amaran dan pengajaran buat ahli yg lain.

Oleh itu, saya menyeru kalau ada mana mana pihak yg x puas hati sila beritahu saya atau jumpa saya secara bersemuka.jgn jadi pengecut dengan menyerbarkan fitnah.

sekian.

[Panglima Setia Haroun Al Rasyid bin Zainalabidin]
Wakil Mutlak Jeneral

nasihat buat semua pengunjung blog..^

Bismillahhirrahmannirrahim. Maha suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Alhamdunillah mudahan mari kita berdoa kepada Allah SWT agar perjuangan 313 dapat diteruskan selamanya. Pak mahu berikan sedikit nasihat dan peringatan kepada semua pengunjung blog.Sebagai pengunjung blog, kita akan memasuki banyak laman blog yang mempunyai banyak info2 yang mungkin anda mahukan. Pak nak tegaskan di sini, sekiranya dalam sesuatu blog itu moderator ada meletakkan sebuah kotak/ruangan khas untuk para pengunjung chit chat, anda boleh menggunkannya untuk berkongsi pendapat dan idea yang mungkin berguna serta boleh dikongsi bersama.

Kita sebagai pengunjung blog perlu mempunyai adab dan etika ketika menulis mengenai sesuatu pandangan dalam sesebuah blog. Kita perlu hormat pada orang di samping menjaga tatasusila dan setiap perkataan yang ditulis itu perlulah tidak menyentuh peribadi mana-mana pihak atau individu. Kita juga perlu bersikap secara matang dan sampaikan pandangan2 yang baik dan berkaitan dengan info2 yg ada dalam sesebuah blog. Kadangkala, ada juga pengunjung blog yang bersikap biadap dengan menyelitkan perkataan-perkataan lucah atau berbau perkauman dalam sesebuah blog.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana kita perlu sedar bahawa masyarakat umum akan baca tulisan anda itu dan mereka akan dapat menilai sikap dan keperibadian anda ini melalui penulisan dan kata2. Jika anda suka menulis perkara yang bukan2 dan berunsur perkauman atau lucah, maka orang akan dapat kenalpasti sikap anda. Di samping itu, kita kena ingat, setiap blog yang ada di Malaysia ini senantiasa dipantau oleh pihak berkuasa. Oleh itu, tidak salah untuk kita sampaikan pendapat kita melalui saluran blog.Namun, kita harus ingat, dalam semua perkara yang kita lakukan, kita perlu ada cara perlaksanaan dan adabnya. Oleh itu, jika kita ini seorang yang gemar berkongsi pendapat dengan orang lain melalui blog, kita perlu menjaga penulisan, kata2 dan tatatertib kita.

Malah, kita juga perlu bersikap matang. Jangan bersikap kebudak-budakan.Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza.Setiap orang mempunyai perasaan dan jiwa.Oleh itu,sebagai pengunjung blog, kita dilarang sama sekali menulis atau memfitnah seseorang atau sesebuah agensi dan negara serta NGO-NGO dengan dakwaan-dakwaan yang tidak munasabah.Dalam erti kata lain, kita dilarang sama sekali untuk menyebarkan fitnah dan membuka keaiban orang lain.

Fitnah ini dosanya lebih besar daripada membunuh.Fitnah merupakan kemungkaran dan mesti di cegah seperti mana Islam menyarankan umatnya agar melaksanakn amar makhruf nahi mungkar.Namun, jika seseorang penulis blog itu beragama islam tidak kira bangsa samada melayu atau bangsa lain sekalipun, jika dia menulis sesuatu artikel atau pandangan yang mengaibkan orang lain atau mengandungi unsur-unsur fitnah, ia merupakan satu perkara yang amat hairan dan memalukan.

Kenapa???. Sebab, jika kita beragama islam, kita perlu patuh pada ajaran islam. Jangan hanya bangga dengan islam pada nama sahaja tetapi jiwa, sikap dan tatasusila, sahsiah diri serta cara kehidupan kita tidak mencerminkan ciri2 sebagai seorang muslim yang betul2 kuat berpegang pada ajaran islam.Inikan pula, jika dia sering mengaibkan pihak2 tertentu dan melakukan fitnah. Apakah orang seperti itu perlu kita biarkan??. atau sayugia kita mencegahnya melalui saluran2 yg betul??..Apakah perlu kita biarkan orang yang bersikap demikian terus melakukan kerja2 yg kotor ini???. Kita kena fikir, jika orang sebegini terus dibiarkan, dia akan terus menjatuhkan nama baik serta maruah orang/pihak yang di fitnah itu sekaligus menyebabkan masyarakat memandang sinis sedangkan segala dakwaan yang dibuat itu tidak benar!!.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. Itulah ungkapan peribahasa yang sesuai bagi sikap orang yg suka buat fitnah. Disebabkan sikapnya, orang lain terpaksa menerima tempiasnya. Pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan tegas terhadap golongan sebegini biarpun dia menggunakan nama samaran dalam blog. Pihak berkuasa dapat mengesan org2 sebegini.Nasihat pak ini adalah untuk seluruh ahli 313, ahli2 NGO, dan warganegara Malaysia samada orang muda atau tua.Cuba kita renungkan bersama...

Ingatlah!!.. Khusus untuk bangsa melayu, bangsa yang pak rimau paling sayangi, jangan bersikap hasrat dengki, benci membenci, fitnah memfitnah sesama saudara seagama sendiri sebaliknya jadilah kita ini orang yang bersikap matang baik dari segala perbuatan, percakapan, sahsiah diri dan sebagainya. Ingatlah!!!!!!!!

Sekian...

Timbalan Jeneral Setia Al-Walid 313 (Pak Rimau)
[ Timbalan pengerusi 313 ]

BERITA PENTING

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN WAKIL JENERAL


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ahli 313 samada yang lama mahupun yang baru.Di sini sy senaraikan syarat pemilihan Wakil Jeneral bagi cawangan di setiap negeri.Syarat-syarat ini telah ditetapkan oleh Timbalan Jeneral Setia Al-Walid hasil perbincangan bersama Jeneral.

Bertanggungjawab dan Amanah

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah diri yang terpuji

Berusia 18 tahun ke atas

Taat dan patuh pada perintah ALLAH s.w.t. serta bertaqwa

Dapat melaksanakan tugasan dgn baik dan membimbing orang-orang lain ke arah jalan yang lurus

Taat setia dalam perjuangan

Mencontohi kepimpinan pemipin Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin



UNDANG - UNDANG 313


1)PARA AHLI 313 PERLU BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.

2)SETIAP NEGERI HANYA DIKETUAI OLEH SEORANG SAHAJA WAKIL MUTLAK 313.

3)PARA AHLI MESTILAH TIDAK MELAKUKAN PERKARA2 YANG MAMPU MENDATANGKAN KEMUDARATAN DALM 313,DIRI,KELUARGA MAHUPUN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

4)BAGI AHLI-AHLI PEKIDA,PEWARIS,SAHABAT,DAN SEUMPAMANYA YG MENYERTAI 313 DILARANG SAMA SEKALI MENGAITKAN 313 DENGAN MANA-MANA KUMPULAN YG LAIN.

5) PARA AHLI MESTILAH BERPENGANG PADA KONSEP 'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR'.

6) AHLI DILARANG SAMA SEKALI MNGAMALKAN BUAH-BUAH TERTENTU BAGI MENGELAKKAN TNGGPAN SALAH MASYARAKAT TERHADAP 313.

7) TIADA PANGGILAN AYAHANDA, ABANG LONG, KEKANDA PADUKA, ABANG NGAH, ABANG SU, ABANG BESAR, KEKANDA, AYAHANDA PADUKA DAN SEBAGAINYA DIGUNAKAN DALAM 313


8)WAKIL MUTLAK 313 PERLULAH MENJAGA DAN MEMANTAU PERGERAKAN ANAK
BUAH DARI SEMASA KE SEMASA.

9)WAKIL MUTLAK HANYA DIBENARKAN MELANTIK SEORANG SAHAJA PEMBANTU WAKIL MUTLAK SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN KEKELIRUAN SESAMA AHLI.. HAL INI PERLU SUPAYA TIDAK ADA AHLI YG MENGAKU BELIAU ADALAH PEMBANTU WAKIL MUTLAK(WM).

10)PENGUNAAN NAMA SAMARAN YG MMBAWA MAKSUD YG TIDAK BAIK..DILARANG SAMA SEKALI.

11)AHLI-AHLI DILARANG SAMA SEKALI MNGGUNAKAN NAMA 313 UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BAIK DAN TUJUAN YG TERTENTU BAGI KEPENTINGAN DIRI DAN SEUMPAMANYA.

12)AHLI- YG MELAKUKAN KESALAHAN DIBERI 3 KALI AMARAN.SEKIRANYATETAP MELAKUKAN KESALAHAN..AHLI TERSEBUT AKN DIPECAT DARIPADA 313.

13)AHLI MAJLIS TERTINGGI BERHAK MENGENAKAN HUKUMAN TERHADAP AHLI YANG MELANGGAR SYARAT PERATURAN 313.

14)SEGALA KEPUTUSAN MUKTAMAD TERLETAK MAJLIS TERTINGGI 313

15)AHLI MESTI BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM, MENJADIKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN DLM KEHIDUPAN, BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP 3 RUKUN [ RUKUN ISLAM, IMANDAN RUKUN NEGARA], MEMATUHI PERLEMBAGAAN NEGARA, TAAT SETIA KEPADA PEMIMPIN DAN RAJA-RAJA MELAYU.


16) AHLI MESTI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM, KEAMANAN NEGARA DAN BANGSA MELAYU.


17) AHLI MESTI MENANAMKAN SEMANGAT 313 DAN TAAT SETIA DALAM JIWA DAN JGN SESEKALI BERPALING TADAH ATAU MENGKHIANATI SESIAPA.

18) AHLI DILARANG TERLIBAT DALAM MAKSIAT, KEMUNGKARAN & ANASIR-ANASIR NEGATIF TERUTAMA AHLI-AHLI MUDA.


19) AHLI MESTI BERSATU SEBAGAI SEBUAH PASUKAN,ANGKATAN DAN KELUARGA DLM MENGHARUNGI CABARAN DAN HALANGAN.

20) AHLI PERLU MENUNJUKKAN SAHSIAH DIRI, JATI DIRI, DISIPLIN YANG BAIK DAN DILARANG BERSIKAP ALA SAMSENG.

Aktiviti 313

Aktiviti 313 adalah seperti berikut : -

- Kelas Mengaji Al Quran di KGB(secara percuma)
-Majlis Syura
-Majlis Rumah Terbuka
-Dana Kebajikan / Ekonomi > sedekah,derma kpd rakyat Islam khususnya saudara seislam di Palestin.
-Perjumpaan antara ahli negeri @ luar negeri.
-Majlis Tahlil, Membantu di Majlis Kenduri ahli,
-Kaunseling.
- Perjmpaan dengan Wakil @ Jeneral, dsb.

matlamat 313

Matlamat kami adalah untuk mempertahankan ISLAM, menyatukan anak2 bangsa melayu terutama golongan muda, bersama-sama mengembangkan syiar ISLAM dgn lebih luas. Selain itu, perjuangan Tentera 313 adalah kerana ALLAH S.W.T !, kami ahli 313 mahu membantu bangsa melayu yg di tindas, di hina. Kami tidak mahu anak2 muda melayu terlibat dgn gejala tak sihat.

Sekarang ini, sebahagian anak2 muda dan belia makin taksub dengan anasir-anasir luar. Intiharnya, kami ahli 313 berharap umum memahami maksud 313, paham matlamat kami dan umum mesti berfikiran luas dan positif. Marilah bersama-sama kita mengembangkan lagi syiar ISLAM dengan lebih luas!.
Mudah-mudahan agama ISLAM dan bangsa Melayu menjadi bangsa yang cemerlang dan contoh pada masa akan datang!.
Insya'Allah.

penubuhan 313

313 ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Jeneral uuntk menyatupadukan semua umat islam terutamanya golongan muda yg banyak terpesong daripada akidah. Golongan muda masa kini banyak tercenderung dalam gejala tak sihat, bergaduh sesama sendiri, terpengaruh dengan gaya barat dan anasir2 luar yang merosakkan akhlak.
Hal ini menyebabkan ISLAM sering di hina, di pijak oleh KAFIR!.

Kami ahli 313 adalah satu pertubuhan yang baru. Tapi anda semua mesti tahu dan ingat !!
Kami bukan Kongsi Gelap tapi Kami pertubuhan Islam seperti HAMAS.