BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 3, 2009

peRjUanGan kita belUm selesai

salam perjuangan..
pusaka keramat nenek moyang, untuk cucu bekalan mendatang, saka terpahat semangat pejuang, esok cucu pahlawan terbilang, kutaburkan bakti,kucurahkan budi, dengan kudrat tulang empat kerat, moga warisan tidak bersemadi, bersama jasadku keliang lahat, kupohon kurnia rahmat Ilahi, dilimpahi keberkatan dalam diri, meniti sebuah perjuangan suci, agar aku mengenali diri, demi sebuah perjuangan ini, aku kan berdiri dan terus berdiri, bertapak melangkah dengan pasti, menempuh onak dan ranjau berduri, gunungkan kudaki, lautan akan kurenangi, sebelum bersemadi, berpantang maut sebelum ajal, jiwa kami semangat kental..

salam perjuangan..
aku lihat melayu dalam melayu.. aku tahu bukan aku seorang yang nampak.. tapi bercampur risau dan tidak tergamak.. nanti dikata tak bersyukur dan tak sedar diri.. biarku menyendiri.. memerhati dan akhirnye mengaku.. dan kita sendiri membiarkan bunga raya.. melayu kekanan.. dan dibiarkan bunga tak cantik,mekar dikiri.. aku lihat layu dalam melayu.. tanah air kita yang punya.. kita siram.. kita baja.. tapi angin api kita lupa.. mereka merancang masa menjilat bangsa.. 13 harimau bertukar menjadi mangsa.. kita lupa.. nenek moyang kaya raya.. jgn sekali-kali digadai harta-bendanya.. kulihat melayu dalam melayu.. Tak kan Melayu hilang di dunia.. Ya, tapi apa guna tak hilang didunia Kalau kewujudan tak dirasa.. petah berbahasa, kudrat tak berjasa.. orang berbudi kita hanya tahu merasa.. selalu lari bila dirapat.. selalu malu bila soalan diaju.. selalu segan memberi pendapat.. rela mengikut dari meneraju.. belum menyanyi sudah bersorak.. suka berjanji dalam borak.. bukan kata takde otak..! cuma tak berfikir diluar kotak..! ku lihat layu dalam Melayu.. aku jadi sayu.. aku menangis.. dia mendayu mahu jadi cantik tak diragu.. aku merayu.. bangunlah hidup kembali.. jgn tunggu matahari mati.. cepatlah mekar sebelum terlerai.. PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!

0 comments: